Monday, July 7, 2008

Aksesori MYREDS...





Contoh Button peserta Program & Aktiviti MYREDS






Contoh Button dan Kad Keahlian Keahlian MYREDS




Contoh design T-Shirt Rasmi MYREDS



Contoh Baju Korporat Rasmi MYREDS


Ahli MYREDS yang berdaftar boleh menempah aksesori-aksesori sperti yang dilampirkan di atas seperti kad ahli, T-Shirt dan button keahlian mulai semester Julai 2008 di booth MYREDS yang akan dibuka pada waktu dan tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Thursday, July 3, 2008

Malaysian Youth Researh Development Society MYREDS UNISEL



MYREDS Persatuan Kajian Pembangunan Belia Malaysia (PKPBM) – UNISEL atau MYREDS-UNISEL ialah sebuah persatuan yang ditubuhkan denga aspirasi memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan masyarakat melalui jaringan di kalangan tenaga generasi muda di samping mendapatan pengalaman dari golongan senioriti. MYREDS-UNISEL berhasrat melahirkan belia UNISEL yang seimbang dari segi rohani dan jasmani berpaksikan perkongsian ilmu pengetahuan yang komited kepada program penyelidikan, aktiviti dan pembangunan insan. OBJEKTIF • Mewujudkan rangkaian dan perkongsian maklumat serta pengetahuan di kalangan ahli-ahli untuk memantapkan daya pemikiran dan meninggikan tahap profesionalisme dalam apa-apa juga cabang kehidupan. • Bergerak secara aktif dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan permasalahan belia yang bersifat tempatan dan global serta memupuk budaya menyelidik di kalangan generasi muda untuk mendapatkan maklumat dan memperolehi illmu pengetahuan baru. • Mewujud dan menyalurkan input-input dari perspektif generasi muda terhadap aspirasi pembangunn agama, bangsa dan negara. TUJUAN • Melahirkan belia Unisel yang proaktif dalam persatuan dan aktiviti sosial seimbang dengan bidang akademik serta ko-kurikulum. • Memenuhi pengisian masa belia UNISEL dalam kegiatan yang memberi fadah kepada diri mereka sendiri. • Memdedahkan pada belia UNISEL untuk membantu melakukan kajian dalam pembangunan dalam apa jua bidang bersama dengan ahli-ahli MYREDS pusat dan gabungan MYREDS di IPT lain. Majlis kajian pembangunan belia Malaysia : Penyelidikan • Kajian pemikiran belia di Institut Pengajian Tinggi Awam terhadap isu-isu Islam semasa (2003) • Kajian Keberkesanan Program Orientasi di Institut Pengajian Swasta 2003 (2003) • Kajian Kepercayaan (Tust) Generasi Muda terhadap TRansaksi Perdagangan Eletronik (2005) • Kajian Kes Mengenai Minat dan Kerjaya Pelajar-pelajar Lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) di Bahagian Pedalaman Sabah bagi Lulusan Tahun 2000. (2002-2003) Kepada sesiapa ingin memberi sebarang komen atau ingin mengetahui lanjut tentang club ini...boleh lah nyatakan soalan/komen di ruangan ini...sokongan anda amatlah kami hargai...thankz a lot...