Saturday, December 13, 2008

foto2 program terbaru....Program Lawatan Ke Rumah Kanak-Kanak Spastik Klang, Selangor D.E.









Pengarah Program : Razidah Bte Mohd Zain ( ahli MYREDS
ISM Bioteknologi


Program lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Spastik ini merupakan satu program amal yang di anjurkan oleh MYREDS UNISEL yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan peluang kepada siswa/siswi UNISEL khususnya untuk berinteraksi dengan penghuni-penghuni rumah kanak-kanak spastik ini dengan lebih dekat. Diharapkan program-program seumpamanya akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak yang prihatin. tahniah diucapkan kpd MT & AJK prgrm....
~Sekian~

Regards,
MYREDS UNISEL

Wednesday, October 15, 2008

Explorasi Jati Diri MYREDS Ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu







Program: Explorasi Jati Diri MYREDS Ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu 2008
Pengarah Program: Nurul Huda Bt Jamirin
(Setiausaha Agung 1 MYREDS)

Monday, September 29, 2008

Karnival Kelab Dan Persatuan...-MYREDS-

Our latest Banner


MYREDS Booth


Our latest Bunting


kiri: Razizah (Ahli MYREDS), Siti Hawa (Presiden), Huda (Setiausaha Agung)

Belakang: Norazmi (Exco Komuniti), Halimah (Bendahari Agung)


Depan: Fariss (Exco Aktiviti)

Belakang: Nizam (Ahli MYREDS)


Yogeswaran (Exco Tugas-tugas Khas)



Karnival kelab dan persatuan yang berlangsung pada 28 & 29 Ogos 2008 di dewan Serbaguna (DSG) telah berjaya menarik minat siswa/siswi Kampus UNISEL Shah Alam untuk menyertai MYREDS dengan rangka promosi yang tidak kurang hebatnya bersama dengan persatuan & kelab yang lain. Program ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MYREDS di kalangan siswa/siswi UNISEL malah dapat menyampaikan objektif & aktiviti-aktiviti akan datang yang dianjurkan oleh MYREDS itu sendiri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua MT dan AJK yang terlibat bagi menjayakan booth ini. Segala kerjasama dan usaha anda amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih. -All d BeSt-

Monday, July 7, 2008

Aksesori MYREDS...





Contoh Button peserta Program & Aktiviti MYREDS






Contoh Button dan Kad Keahlian Keahlian MYREDS




Contoh design T-Shirt Rasmi MYREDS



Contoh Baju Korporat Rasmi MYREDS


Ahli MYREDS yang berdaftar boleh menempah aksesori-aksesori sperti yang dilampirkan di atas seperti kad ahli, T-Shirt dan button keahlian mulai semester Julai 2008 di booth MYREDS yang akan dibuka pada waktu dan tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Thursday, July 3, 2008

Malaysian Youth Researh Development Society MYREDS UNISEL



MYREDS Persatuan Kajian Pembangunan Belia Malaysia (PKPBM) – UNISEL atau MYREDS-UNISEL ialah sebuah persatuan yang ditubuhkan denga aspirasi memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan masyarakat melalui jaringan di kalangan tenaga generasi muda di samping mendapatan pengalaman dari golongan senioriti. MYREDS-UNISEL berhasrat melahirkan belia UNISEL yang seimbang dari segi rohani dan jasmani berpaksikan perkongsian ilmu pengetahuan yang komited kepada program penyelidikan, aktiviti dan pembangunan insan. OBJEKTIF • Mewujudkan rangkaian dan perkongsian maklumat serta pengetahuan di kalangan ahli-ahli untuk memantapkan daya pemikiran dan meninggikan tahap profesionalisme dalam apa-apa juga cabang kehidupan. • Bergerak secara aktif dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan permasalahan belia yang bersifat tempatan dan global serta memupuk budaya menyelidik di kalangan generasi muda untuk mendapatkan maklumat dan memperolehi illmu pengetahuan baru. • Mewujud dan menyalurkan input-input dari perspektif generasi muda terhadap aspirasi pembangunn agama, bangsa dan negara. TUJUAN • Melahirkan belia Unisel yang proaktif dalam persatuan dan aktiviti sosial seimbang dengan bidang akademik serta ko-kurikulum. • Memenuhi pengisian masa belia UNISEL dalam kegiatan yang memberi fadah kepada diri mereka sendiri. • Memdedahkan pada belia UNISEL untuk membantu melakukan kajian dalam pembangunan dalam apa jua bidang bersama dengan ahli-ahli MYREDS pusat dan gabungan MYREDS di IPT lain. Majlis kajian pembangunan belia Malaysia : Penyelidikan • Kajian pemikiran belia di Institut Pengajian Tinggi Awam terhadap isu-isu Islam semasa (2003) • Kajian Keberkesanan Program Orientasi di Institut Pengajian Swasta 2003 (2003) • Kajian Kepercayaan (Tust) Generasi Muda terhadap TRansaksi Perdagangan Eletronik (2005) • Kajian Kes Mengenai Minat dan Kerjaya Pelajar-pelajar Lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) di Bahagian Pedalaman Sabah bagi Lulusan Tahun 2000. (2002-2003) Kepada sesiapa ingin memberi sebarang komen atau ingin mengetahui lanjut tentang club ini...boleh lah nyatakan soalan/komen di ruangan ini...sokongan anda amatlah kami hargai...thankz a lot...